• Post 1
  • Post 2
  • Post 3

Biography

Seorang Pereka bebas yang meminati seni fotografi dan menjadikan fotografi sebagai satu aktiviti. Masih hijau dan banyak lagi perlu dipelajari baik melalui pembacaan dan pengamatan serta perasaan. Menyimpan keinginan menjadikan Fotografi sebagai suatu sumber pendapatan suatu hari nanti :)

Content

Pemberitahuan Buat Teman-teman

16 Februari 2011 0 ulasan
Harap maklum buat pengunjung blog ini telah bertukar url baru di http://addysaufi.blogspot.com/ bagi tujuan keselamatan. Buat masa ini entry-entry sebelum saya tak dapat memindahkannya lagi atau pun biarlah di blog lama buat sementara waktu. Tugasan pertama adalah memindahkan follower di http://adisaufigallery.blogspot.com/ ke blog baru..Segala kesulitan amatlah dikesali.

Shoot Model Kereta Mainan

31 Januari 2011 0 ulasan
Aku penggemar dan suka mengumpul model-model kereta mainan dari zaman kanak-kanak lagi. Bila dah dewasa ni tak banyak koleksi yang dikumpul. Ini pertama kali cuba untuk belajar ambil subjek dan guna latarbelakang. Latarbelakang hanya menggunakan kertas mounting board berwarna hitam dan pencahayaan luar sahaja...dan juga sedikit editing. Belum terror lagi :)

Le Tour de Langkawi 2011

29 Januari 2011 0 ulasan
Update terkini. Macam dah bersawang blog ni tiada post terbaru..ni Mr. Celcom punya pasallah ni. Foto-foto pelumba-pelumba basikal Le Tour de Langkawi di bawah adalah disekitar perlumbaan pada sebelah pagi jam 9 yang bermula di Rawang melalui Jalan Ipoh seterusnya tamat di Putrajaya. 

J.O.M Edisi 8

21 November 2010 0 ulasan

Selepas J.O.M edisi 7 di Batu Caves tempohari aku mengikuti pula workshop santai kelolaan Noorizam Sabran edisi 8. Kali ini bertempat di Fakulti Kejuruteraan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa ) pada 13 november lepas. Noorizam atau Ijam sentiasa update blog beliau dan dari situ rakan-rakan di Laman Sembang FB akan mengetahui aktiviti dan lokasi workshop yang diadakan pada hujung minggu. Aku juga kerap masuk blog beliau untuk mencari ilmu fotografi. Tidak ketinggalan juga blog-blog fotografi lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...