Content

J.O.M Edisi 8

21 November 2010

Selepas J.O.M edisi 7 di Batu Caves tempohari aku mengikuti pula workshop santai kelolaan Noorizam Sabran edisi 8. Kali ini bertempat di Fakulti Kejuruteraan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa ) pada 13 november lepas. Noorizam atau Ijam sentiasa update blog beliau dan dari situ rakan-rakan di Laman Sembang FB akan mengetahui aktiviti dan lokasi workshop yang diadakan pada hujung minggu. Aku juga kerap masuk blog beliau untuk mencari ilmu fotografi. Tidak ketinggalan juga blog-blog fotografi lain.


J.O.M edisi 8 pula lebih kepada potret fotografi perkahwinan. Bayaran workshop ini pula tidaklah terlalu membebankan. Memang ramai yang mendaftar pada hari itu. Aku respek Bro yang datang dari Penang dan Singapura dan akak yang datang dari Negeri Sembilan. J.O.M pada kali ini memang best. Banyak yang aku tidak tidak tahu tentang potret fotografi perkahwinan kini sedikit sebanyak membuka mata bagaimana jurufoto bebas membuat duit pada hujung minggu dengan potret fotografi perkahwinan. 

Di bawah ini foto-foto yang aku ambil masa workshop tempohari. Foto masih nampak macam biasa kerana aku masih mempelajari setting dan button yang ada pada nikon D3100 aku. Dan aku juga masih belajar secara sedikit-sedikit edit dan efek pada gambar melalui software  ACdsee Pro 3 dan Photoshop. 



Dalam dewan kuliah. Rasa macam belajar di U pulak. Ok lah tu dapat juga merasa sepanjang hidup hehe...

Tak sempat nak snap awek ni. Sesak berebut-rebut nak snap.Yang ini dan dibawah je yang aku dapat snap.



Terima kasih Jannah Ridhuan kerana jadi model untuk sessi workshop kitorang. kesudian anda amatlah kami hargai. Bila jadi rakan di Facebook barulah tahu Jannah ni adik bawah aku huhu...Comel lotey



















0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...